Outside the Box
Bila Mata Memerhati Tapi Mulut Terkunci
May 12, 2012
May 3, 2012
Diserang rindu yang amat
Tumpul, itu sahaja yang mampu aku perkatakan. Melihat kembali entri-entri lepas, entri-entri aku sepanjang 2011-2012 sangat mengecewakan. Makin aku cuba untuk kembali menjadi seperti dahulu yang bebas melayarkan segala imaginasi makin aku tersangkut dalam kotak ciptaan sendiri.
Sungguh saat ini aku rindu............rindu pada sintok, rindu pada hutan, rindu pada pemandangan pantry waktu malam selepas hujan. Sangat aku rindu suasana itu. Sintok aku rindu.
Sungguh saat ini aku rindu............rindu pada sintok, rindu pada hutan, rindu pada pemandangan pantry waktu malam selepas hujan. Sangat aku rindu suasana itu. Sintok aku rindu.
| Reaction |
Apr 17, 2012
Buat bakal anak buah
Kehadapan little caliph,
Hey, pada saat ini uncle tak tau apakah jantina kamu, kerana ibu dan ayah kamu masih merahsiakannya dari uncle dan dari semua, memang sengaja mereka menimbulkan keterujaan ramai pihak. Oh ya untuk pengetahuan kamu memang uncle dan ibu kamu suka memberi kejutan untuk orang ramai. keh keh keh.
Well you can call me bobo, uncle bobo. Bukan apa uncle berharap bila kamu sudah mula pandai bercakap nanti perkataan pertama yang kamu akan cakap bobo. hahahaha.
Saat uncle dapat tahu ibu kamu mengandung kan kamu, wah uncle sangat bersyukur dan sangat gembira, bersyukur kerana at last ada juga budak untuk uncle bobo dan uncle ipan buli. (oopss sorry ye kak kitaran hidup.) hahaha. takde la uncle bersyukur sebab akhirnya ALLAH makbulkan juga doa ibu dan ayah kamu. Ingat ni, untuk mendapatkan kamu macam-macam perkara mereka cuba macam-macam benda mereka harungi. jadi jangan derhaka bila besar ok? Gembira melihat atuk dan nenek kamu teruja.
Little caliph,
Kamu lahir ditahun yang sangat mencabar buat uncle, sebabnya uncle nak naik pangkat, nak pegang status baru, jujurnya uncle sangat memerlukan bantuan ibu dan ayah kamu untuk jayakan misi uncle ni. tapi takpa uncle percaya ibu kamu akan cuba membantu uncle sebaik mungkin, ayah kamu juga. Dalam kesibukan uncle menyiapkan diri untuk misi ni, percayalah uncle tak pernah lupa untuk mendoakan kamu selamat dalam perjalanan untuk melihat dunia yang penuh warna. Semoga kanvas hidup kamu berwarna ceria.
Nenek kamu selalu cakap yang uncle ni garang, tak suka budak-budak. Mungkin betul uncle memang garang, uncle selalu menyakat budak-budak. Tapi dalam diam sebenarnya macam-macam yang uncle plan untuk kamu. Little caliph, tiap kali uncle buat rondaan di ofis uncle, uncle akan stop kat tempat permainan untuk tengok mana mainan yang sesuai untuk kamu. Kalau kamu lelaki uncle akan belikan kamu patung ultraman. Sebab dulu uncle ada patung tu, jika kamu perempuan uncle da tengok satu patung barney.
Uncle bila balik kerja selalu tengok kedai kedai baby, wah kalau ikut hati macam-macam uncle nak beli untuk kamu, bia kamu nampak handsome cute macam uncle zaman muda-muda dulu. tapi uncle kena kawal sikit sebab ada misi yang perlu diselesaikan. (your ibu know what it is.) so tak boleh la nak over sangat teruja nanti misi gagal.
Kamu tau tak uncle dulu kecik-kecik suka pakai tie, pakai baju overall. so uncle da tengok da kedai yang jual suit dengan baju overall. takpe nanti uncle belikan barulah kamu boleh jadi bobo Jr untuk sementara waktu. hahaha.
![]() |
| ini atau mungkin suit utk kamu |
![]() |
| Nanti kamu akan kelihatan seperti ini. |
Little caliph,
Kamu patut rasa beruntung kerana mendapat ibu dan ayah seperti ibu dan ayah kamu, kerana mereka sangat penyayang, cuma mungkin ibu kamu nanti akan garang sikit. Sebab ibu kamu memang garang dari kecik, mak nenek lah katakan. Semuanya menanti kelahiran kamu di dunia ini. Rasanya sampai sini dulu lah surat uncle buat kamu, uncle harap kamu sihat sejahtera didalam kandungan ibu kamu, jangan mintak makan yang pelik-pelik sian ayah kamu nak cari. Minum susu bia tulang kuat bia otak pandai bia cergas baru boleh masuk geng uncle bobo dengan uncle ipan, kite buli budak-budak lain. capat-cepat besar nanti leh pegi makan ice cream dengan aunt bobo kamu. hahaha. sekian.
| Jadi Geng kiaorang ok? |
Yang menanti kelahiran kamu.
| Reaction |
Apr 12, 2012
Idea tergolek bergolek
Kita pernah sejalan,
kita pernah sehati,
Kita pernah cuba untuk sejiwa,
Namun kita dipaksa untuk memilih lorong yang berbeda
Oleh mereka mereka yang tidak mengerti tentang perasaan,
Oleh mereka yang mementingkan diri sendiri yang mementingkan kroni kroni.
Dalam keterpaksaan kita memilih lorong yang berbeza,
Diluar ingin kita, kita menelusuri jalan yang berbeza bertahun lama,
Dilorong yang berbeza kita menelusuri jalan yang bebeza
lorong aku hitam gelap pudar tanpa ceria
sedang kamu kulihat lebih bahagia ceria lebih dari sebelumnya.
En.qaiyum,en tulis apa banyak tu?
Oh ni plan untuk man power bulan depan
En, tolong fokus tentang training ni sebab ni tuntutan HQ
Maaf cik.
Man power lah sangat!!! hahahaha.
| Reaction |
Mar 7, 2012
Surat terbuka untuk bakal bapak mertua
Kepada pakcik yang masih belum diketahui namanya.
Assalammualaikum pakcik, semoga pakcik sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum tangan ini mencoret lebih panjang eloklah kiranya jika saya memperkenalakan diri saya. Saya qaiyum. Ya saya lah yang digilai anak perempuan pakcik yang satu itu. Jangan dipersoalkan siapa mengilai siapa, yang pasti kami sedang bercinta. Usia saya sekarang sudah hampir memcecah suku abad. Ya tidak lagi muda remaja. Bersama surat ini saya sertakan beberapa keping gambar saya untuk tatapan pakcik dimalam hari.
Untuk pengetahuan pakcik saya dibesarkan oleh dua orang yang sangat hebat iaitu abah saya dan ibu saya. Saya menetap di rumah flat 5 tingkat dikuala lumpur. Rumah kecik yang memuatkan 5 beradik. Saya yang kedua. Mendapat pendidikan awal di tadika kemas selama 3 hari dan saya berhenti kerana saya menangis tak henti-henti membuatkan ibu memindahkan saya ke tadika inggeris. Disana saya belajar bersungguh-sungguh selama satu minggu kemudian saya melanjutkan pelajaran saya di tadika masjid alam shah dimana saya menuntut selama setengah hari sebab ada pakcik masjid pegang rotan tebal mengugut untuk memukul orang ramai, selepas mengutip pengalaman disana saya melanjutkan pendidikan tadika saya di tadika al-aqram ditaman nirwana.(ni tadika terakhir jika saya nangis jugak pegi tadika ni abah cakap jangan sekolah sampai bila2.) alhamdulillah tamat jugak saya belajar disana..(sumpah pakcik lepas 3 tahun baru saya tau al-aqram tu ajaran sesat)
Saya melanjutkan pelajaran di SK taman maluri selama 6 tahun. Disana saya pernah menangis, berak dalam seluar, juga pernah menjadi ketua darjah, Itu cerita sekolah kebangsaan. Sekolah agama saya merupakan the most wanted student. Saya gangster pakcik. Dari masukkan ubat stapler yang dipintal2 dalam kasut budak lepas solat asar. Hingga bertumbuk itu sume saya pernah. Saya jugak pernah dilawati oleh ibu bapa kanak-kanak manja disekolah. Pencapaian UPSR saya tak bagus macam anak pakcik mungkin.
6 tahun saya disana disaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah sebelah..SMKTM (padahal tuje pilihan yang ada) disana saya gagal untuk mendapat 8a dalam pmr..saya gagal dalam spm. Jugak saya gagal dalam bercinta. Tuhan mungkin sayangkan saya lagi pakcik. Syukur alhamdulillah saya ditawarkan masuk tingkatan enam di sekolah yang paling saya benci Aminuddin Baki. (betul cakap orang dahulu kala,benda yang kita sangat benci tu lah yang akan jadi milik kita). Ya sekolah itu mengubah hidup saya. Disana saya jumpa dengan ramai orang-orang hebat seperti sangeeta,geetha,mei kay, lana, botak, pak pen firdaus, farah, khalida, zamri dan ramai lagi, secara tidak langsung saya mencabar diri sendiri untuk menyaingi mereka supaya tidak dipandang lekeh. Hasilnya saya masuk universiti pakcik.
Pakcik,
Selama 4 tahun saya merantau nun diutara, saya cuba membentuk diri saya untuk menjadi insan yang baik utk anak kesayangan pakcik. Walaupun tika itu anak pakcik belum pun jadi makwe saya, itu saya pasti. Pakcik saya bukan lah ahli tetap surau kolej tapi saya juga bukan lah ahli kelab bapok dan gay universiti.
Pakcik yang bakal jadi bapak mertua saya. Saya jika ada anak nanti pasti mahukan seorang yang terbaik untuk jadi suami kepada anak saya. Bukan saya bahkan seluruh abah didunia ingin begitu kan pakcik? Buat masa sekarang saya punya kerja tetap ya walaupun gaji saya tidak banyak seperti ditempat kerja lama saya, tapi saya rasa dengan gaji yang saya ada insyaallah segala keperluan asas untuk hidup saya mampu sediakan. Tidak lah saya menjanjikan kemewahan tapi saya cuba memberikan yang terbaik untuk keselesaan anak pakcik nanti.
Pakcik, terus terang saya katakan saya tidak punya kereta mahupun motosikal, tapi itu tidaklah bermakna saya tidak punya keinginan atau cita cita untuk memiliki kereta. Jika boleh saya memang nak ada kereta sebab saya pernah berazam nak langgar orang-orang yang hon saya masa saya berbasikal kesekolah juga orang yang memandu dan langgar becak lalu terkena pejalan kaki seperti saya. Saya nak langgar anjing yang pernah kejar saya masa nak pegi sekolah. Pakcik bayangkan ade ke patut die kejar saya pagi pagi buta?
Pakcik yang dikasihi,
Saya akui saya bukan lelaki yang terbaik, tapi saya cuba untuk beri anak pakcik yang terbaik yang mampu saya lakukan dengan keupayaan saya sekarang ini. Kerja saya sekarang mugkin tidak sebaik kerja saya dahulu. Tapi pakcik harus faham. Saya punya cita2 mahu jadi bos. Kerja bank dulu saya tak jadi bos. Nak pegi keja pagi2 takut je. Sekarang saya jadi bos pakcik, tandatangan saya laku. Tapi yela bila sebut je kerja saya orang akan mencebik sinis. Saya faham. Masyarakat berpendapat kerja saya ni adalah kerja orang yang tak perlu pendidikan tinggi. Takde class. Tapi pakcik untuk pengetahuan pakcik. Kerja yang tak class ini lah yang membantu mereka yang kononnya class sangat tu memenuhi keperluan seharian mereka, juga pakcik kerja saya jugak lah yang memelihara dan memastikan periuk nasik 4 org staf saya sentiasa berasap.
Tapi pakcik jangan risau saya juga mahukan yang terbaik untuk anak pakcik nanti. Saya dalam perancangan untuk mencari kerja yang mampu memberikan hujung minggu anak pakcik bermakna bila lepas kawin nanti.
Pakcik....
Kebahagian tidak akan datang tanpa tolak ansur dan kepercayaan yang utuh. Percayalah pakcik saya akan cuba untuk beri yang terbaik yang saya mampu. Saya tak berjanji tapi saya akn usaha. Kekayaan juga tak datang dengan senang. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang tidak pernah kenal erti mengalah. Jadi akhir kata penutup bicara duit hantaran tak mo mahal-mahal boleh? Assalammualaikum pakcik yang juga merangkap bakal bapak mertua.
Moga kita bertentang mata dialam nyata.
Ikhlas:
Bakal menantu yang tak berapa kacak.
(ini adalah cetakan komputer tandatangan tidak diperlukan)

Subscribe to:
Posts (Atom)