Feb 20, 2012

Surat terbuka buat katalis inspirasi

Lelaki ini tak punya apa apa
Jangan kata kereta basikal pun tak ada..
Lelaki ini tidak romantik..sungguh..
Satu kata manis pun tak ada dalam kamus otaknya.. 
Sungguh tidak romantiknya lelaki ini..tidak suka bergayut bermanja manja. Itu mengada baginya..
Rupanya tiada ketinggian jauh dari biasa... Lelaki ini tak reti berfesyen..

Jika yang dicari cendikiawan celik minda..sungguh lelaki ini bukan orangnya.. 
Bijak tidak bodohnya ada..mindanya..pejam celik pejam celik..tapi akan pejam sentiasa..
Jika yang dicari selebriti..sungguh bukan lelaki ini..

Lelaki ini tidak berseni..lukisannya selalu hitam warnanya..
pemandangan malam alasannya..jika diminta menyanyi hilang suara helahnya..
Lelaki ini tiada apa apa..

Wahai katalis inspirasi..Benar ini yang kau mahu?
Mengapa tak dicari yang sama status..mengapa tak dicari yang halus bicaranya?
Yang bijak memuji menyejukkan hati?

Catatan
72 hari lalu.

0 comentarios:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails